Anwar, DAP hadir ke PAU 2023

Anwar, DAP hadir ke PAU 2023

Asyraf Wajdi Dusuki
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023minggu depan mencipta sejarah apabila menyaksikan pemimpin parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke program itu. 

DAP yang pernah berseteru selama puluhan tahun dengan parti yang berteraskan perjuangan Melayu dan Islam itu juga akan hadir ke PAU 2023 sebagai tetamu khas bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini. 

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selain Anwar dan pemimpin parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, ia akan turut disertai 19 parti politik yang menyokong kerajaan Persekutuan. 

“Tahun ini ada sedikit kelainan dan UMNO bertuah kerana PAU akan turut dihadiri Perdana Menteri bersama 19 presiden parti yang bergabung di bawah Kerajaan Perpaduan. 

“Ini adalah peristiwa yang bersejarah buat PAU kali ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Semasa PAU 2022 pada Januari lalu, UMNO tidak mengundang mana-mana pemimpin Kerajaan Perpaduan dan hanya melibatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ‘Friends of BN’ untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan gabungan itu ketika itu. 

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, dianggarkan seramai 6,341 jumlah perwakilan ke PAU 2023 menyaksikan PAU dihadiri 2,888 orang; 1,159 perwakilan bagi sayap Wanita; 1,160 perwakilan bagi sayap Pemuda dan 1,134 sayap Puteri. 

Katanya, PAU kali ini turut dijangka akan membahaskan pelbagai isu melibatkan ekonomi, politik, agama, kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. 

Jelasnya, UMNO bercadang membuat beberapa pindaan perlembagaan parti antaranya membenarkan pendaftaran ahli secara dalam talian. 

Ini kerana, pada masa ini sebarang permohonan untuk menyertai parti itu perlu melalui dan mendapat kelulusan ketua cawangan UMNO berkenaan. 

“Saya menjangkakan akan banyak usul dari negeri-negeri lain untuk membicarakan soal ekonomi rakyat serta isu yang menyentuh soal agama akan menjadi satu kelaziman dalam acara perhimpunan tahunan. 

“Selain itu, kita banyak terima maklum balas dari anak-anak muda yang mahu sertai Umno, tapi menjadi sukar disebabkan kekangan perlembagaan, contohnya, setiap pendaftaran itu perlu dapat kelulusan ketua cawangan.

“Jadi, kita mahu permudahkan pendaftaran mereka, supaya UMNO dekat dengan generasi anak-anak muda,” katanya.

Mengulas lanjut, Asyraf menafikan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh bahawa sayap itu tidak akan menjemput parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan ke PAU 2023 bagi sayap pemuda. 

Media melaporkan, Muhamad Akmal berkata sayapnya tidak akan menjemput parti yang membentuk kerajaan, dalam maksud tersiratnya, Pemuda UMNO mahu memperbetul dahulu apa yang berlaku di rumahnya sebelum menjemput mana-mana parti. 

“Kita ada jemputan. Di PAU 2023 memang jemput, di peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri ia akan mengikut apa yang dibuat di peringkat PAU utama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya