Anwar bantu pulihkan kewangan Felda

Anwar bantu pulihkan kewangan Felda

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani perjanjian melibatkan Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan di dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata, langkah itu dijangka dapat menstabilkan kedudukan kewangan Felda serta menjamin model perniagaan yang lebih mampan supaya terus berupaya mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menjelaskan sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman Felda itu akan melibatkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion. 

“Ia juga akan mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkan Felda memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada 2021,” kata Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan hari ini.

Di samping itu, kerajaan telah menambah baik tata kelola penyaluran dana kepada Felda sebagai agensi badan berkanun kerajaan dengan melantik Amanah Raya Trustees sebagai pemegang amanah transaksi akaun bagi memastikan pelan transformasi berada di landasan yang tepat serta memenuhi keperluan akauntabiliti dan integriti.

Pada masa sama, kerajaan telah bersetuju memberi Jaminan Kerajaan kepada Felda pada 2019 bagi membolehkan agensi tersebut melaksanakan pelan pemulihannya di bawah program transformasi Felda yang telah bermula pada 2020 untuk tempoh lima tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya