Ambil steroid untuk tubuh kekar? - Utusan Malaysia

Ambil steroid untuk tubuh kekar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CIK Bunga pernah beberapa kali mendengar isu mengenai golongan artis lelaki yang mahu bertubuh cantik dan kekar dengan menggunakan jalan mudah.

Apa yang dimaksudkan Cik Bunga adalah menggunakan steroid. Cik Bunga memang ambil contoh pelakon Shaheizy Sam yang baru-baru ini mencipta fenomena baharu menerusi filem Polis Evo 3, lakonannya bersama Zizan Razak.

Dalam naskhah terbaharu itu, Sam menerima pujian ramai mengenai usahanya membuktikan kepada penonton dan peminat bahawa dia mampu mendapatkan bentuk badan yang cantik dan kekar, ada six packs orang kata.

Betul, Sam pun telah menjelaskan berulang kali dalam setiap temu bual yang dijalankan bahawa dia berusaha mendapatkan bentuk badan sebegitu dengan menjalani rutin senaman yang penuh disiplin.

Tetapi, muncul juga cakap-cakap tepi, di mana ada yang mendakwa hendak dapatkan bentuk badan seperti itu amat mustahil jika tidak mengguna pakai steroid.

Apa yang Cik Bunga faham, penggunaan dadah jenis ini boleh membuatkan tahap testosterone seseorang itu meningkat dari paras normal.

Bila berhenti saja gunakannya, ia akan membuatkan tahap testosterone menurun apa lagi jika berhenti menggunakannya secara mendadak.

Sebab itu kalau perasan, jika seseorang artis itu nampak segak, elok, cantik sahaja badannya untuk tampil dalam sebuah projek filem atau drama, selepas itu, tiba-tiba dia kembali nampak berisi atau gempal daripada sebelumnya, kononnya itu bermakna dia telah berhenti menggunakan steroid.

Rasa Cik Bunga, benda begini tak mustahil. Tetapi, tak ramai yang nak mengaku atas alasan tersendiri.

Cuma Cik Bunga tertanya jugalah, adakah tindakan atau amalan seperti ini tidak menjejaskan kesihatan diri seseorang itu?

Iyalah, benda bukan bahan semula jadi orang kata. Merisaukan juga bukan walaupun mungkin ada jumlah atau dos tertentu yang disarankan untuk digunakan. Mungkin boleh dibincangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya