776 kes pembakaran terbuka dilaporkan di Selangor sejak Mac - Utusan Malaysia

776 kes pembakaran terbuka dilaporkan di Selangor sejak Mac

Pembakaran terbuka
WAN Md. Razali Wan Ismail (dua, kiri) memeriksa perbarisan anggota pada Perhimpunan Bulanan JBPM Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 776 kes pembakaran terbuka dilaporkan di negeri ini sejak Mac lalu sehingga ke hari ini dan angka tersebut meningkat berbanding 673 kes dalam tempoh sama pada 2022.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, terdapat peningkatan signifikan pada kes tersebut apabila segelintir pihak tidak bertanggungjawab masih melakukan aktiviti itu walaupun ketika cuaca panas dan kering.

“Kami akan terus melakukan pemantauan kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka di negeri ini,” katanya selepas majlis perhimpunan bulan Jun 2023 dan Majlis Nota Serah dan Terima Tugas di ibu pejabat JBPM Selangor, hari ini.         

Beliau menambah, kebakaran lalang dan hutan mencatatkan jumlah kes yang paling tinggi iaitu sebanyak 332 kes dan diikuti 243 kes pembakaran sampah.

Selain itu, 127 kes melibatkan kebakaran hutan dan 74 kes dilapor membabitkan kebun.

Jelas Wan Md. Razali lagi, bomba sering mendapat panggilan orang awam mengenai kebakaran di sekitar Kuala Langat dan Johan Setia, Klang.

“Berdasarkan siasatan dua kawasan ini, kami dapati terdapat kawasan pertanian yang menjalankan operasi tanpa kebenaran agensi kerajaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya