SERAMAI 50 peserta mengikuti Bengkel Penulisan Cerpen dan Anekdot di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Bengkel tersebut anjuran IPGKSAH dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara dari Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Urusetia bengkel itu, Husairi Hussin berkata, ceramah disampaikan oleh ahli Jawatankuasa Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) boleh dijadikan panduan untuk memajukan diri dalam bidang tersebut.
Katanya, hanya pelajar dan guru yang banyak membaca sahaja boleh berjaya dalam bidang seperti ini.-utusan









