Zahid perlu utamakan BN, bukan DAP - MCA

Zahid perlu utamakan BN, bukan DAP – MCA

CHONG SIN WOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA tampil menyelar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung seruannya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya turut menyokong Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam mana-mana pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menyifatkan, kenyataan itu seolah-olah menunjukkan BN hanya mementingkan pihak lain ketika ini.

“Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan agar berpegang kepada prinsip dan berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan PH.

“Perlu diingatkan bahawa sebagai Pengerusi BN, beliau haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan PH terutamanya DAP,” katanya dalam kenyataan.

Sebaliknya, kata beliau, kerjasama antara BN dan PH perlulah ada timbal balas dan menguntungkan kedua-dua pihak.

“Ditegaskan juga bahawa apa jua pendirian dan pandangan oleh parti MCA mestilah dikeluarkan oleh pemimpin MCA, khususnya Presiden MCA sendiri, bukannya pihak lain,” katanya.

Kelmarin, Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa parti-parti yang diwakili BN seperti UMNO dan MCA terbuka untuk memberi sokongan kepada calon PH dan DAP dalam pilihan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya