Yakin Kerajaan Madani kekal selepas PRU16 - Ahmad Zahid

KONVENSYEN NASIONAL: Yakin Kerajaan Madani kekal selepas PRU16

AHMAD Zahid Hamidi (enam, kanan) bersama Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (empat, kanan) dan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Sabu (lima, kiri) menunjukkan dokumen Tekad Wanita pada Konvensyen Wanita Kerajaan Perpaduan 2023 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan ini bukan sahaja melepasi Pilihan Raya Negeri (PRN), malah, ia akan terus kekal selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Keyakinan itu disuarakan di pentas Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekiranya semua pihak terus menyokong kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Jika kita terus sederap membantu Datuk Seri Anwar dan saya yakin idealisme telah diterjemah dalam bentuk dasar yang baik, Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani ini, insya-Allah melepasi PRU ke-16,” katanya.

Ahmad Zahid dalam masa yang sama turut mengingatkan ahli UMNO BN untuk tidak lagi menoleh ke belakang daripada kerjasama yang telah dibentuk menerusi gabungan 19 parti.

“Lawan tetap lawan, dulu lawan sekarang kawan, buat apa lawan, kita kukuhkan sahaja. Kerajaan Perpaduan.

“Dulu ramai atas pentas, apatah lagi di bawah sana sangat fobia dengan Dewan Merdeka. Itu dulu, sekarang adalah realitinya kita telah membentuk politik Kerajaan Madani. Dulu ada yang memandang warna merah, apatah lagi biru, sangat fobia. Hari ini, tidak ada warna yang berbeza. Ini perlihatkan kita sedang melakar masa depan politik baru yang kita junjung adalah kemajmukan kepelbagaian parti.

“Dan yang akan terjemahkan adalah Datuk Seri Anwar selaku Perdana Menteri kita,” ujarnya.  

Jelas Ahmad Zahid lagi, meskipun UMNO hanya menyumbang 30 kerusi, namun ia tetap menjadi pelengkap kepada yang kerajaan ada pada hari ini.

“UMNO BN biarpun 30 kerusi parlimen, kami adalah pelengkap. Jika PH ada 82, tanpa 30 kerusi, tidak ada Kerajaan Perpaduan. Yang kami fikirkan bukan kepentingan parti, tetapi kita fikir tentang mudarat. Mana mudarat lebih besar? Dengan pihak sana atau pihak sini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×