WTE Selangor dalam fasa penilaian EIA - Utusan Malaysia

WTE Selangor dalam fasa penilaian EIA

WTE
RAMLI MOHD. TAHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelaksanaan projek sisa jadi tenaga (WTE) kini sedang lalui proses penilaian impak alam sekitar (EIA) yang dijangka kelulusannya diperoleh dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Projek Selangor Green Energy Eco Park (SGEEP) itu dijangka memproses sehingga 2,400 tan metrik sampah sehari di atas tapak berkeluasan kira-kira 24.3 hektar dalam perancangan pembinaan fasa pertama.

Menurut Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd. Tahir, pembinaan insinerator untuk menguruskan sampah menjadi salah satu sumber tenaga bersih adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan kekangan pengurusan di tapak pelupusan.

“Kita ada tiga tiga fasa, apa idea kita untuk kita bangunkan pelan untuk bawa sampah ke utara Selangor. Keluasan bagi fasa pertama kira-kira 60 ekar yang kita akan bangunkan SGEEP akan berupaya memproses 2,400 tan sampah sehari, ia hasilkan tenaga sekitar 50 megawatt.

“Sekarang kita dalam proses, kita sudah pun dapat kelulusan kerajaan negeri untuk sebidang tanah di Rawang, akan dibangunkan sebagai SGEEP akan ambil masa beberapa tahun untuk dibangunkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran KDEB, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada 2018 pernah mengumumkan pembinaan loji insinerator (WTE) menerusi Worldwide Holdings Berhad (WHB) bernilai RM500 juta yang didakwa sebagai terbesar di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri​, Ng Sze Han memaklumkan keperluan pengurusan pelupusan sampah menggunakan kaedah WTE bagi menggantikan cara konvensional untuk memastikan kemapanannya pada masa depan.

Dalam pada itu, Ramli turut memaklumkan pertambahan penduduk di negeri ini mempengaruhi peningkatan jumlah penghasilan sampah setiap hari, malah dalam tempoh dua dekad ini Selangor tidak pernah mencatatkan pengurangan buangan sisa domestik setiap tahun.

Justeru, selain SGEEP, beliau turut memaklumkan inisiatif KDEBWM untuk mengurangkan pembuangan di tapak pelupusan sampah dengan membuka tiga lagi pusat kitar semula di Kuala Langat, Hulu Selangor dan Selayang.

“Yang tiga memang sudah beroperasi sekarang, kita rancang tahun ini akan buka lagi tiga, sekarang ktia sudah operate di Klang, Subang Jaya dan Cyberjaya. 

“Sebab itu saya berpendangan semua orang tidak kira, budak kecil, dewasa dan sebagainya kita belum mengambil serius berkenaan dengan janaan sampah. Malah, semua orang sedar tak, dalam masa setahun, rakyat Malaysia guna 1 bilion beg plastik yang tidak terbiodegradasi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya