Warga emas maut terjun bangunan

Warga emas maut terjun bangunan

MOHAMED Fakhrudin Abdul Hamid ketika meninjau dan memeriksa lokasi kejadian warga emas terjun sehingga maut. -UTUSAN/MASZUREEN HADZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas maut selepas terjun dari tingkat 8 tempat letak kenderaan sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 60 sehingga 70-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

MOHAMAD FAKHRUDIN ABD HAMID

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan tidak menemukan sebarang pengenalan diri.

Kata beliau, sebelum kejadian, lelaki berkenaan sering dilihat berlegar-legar dan  duduk menghisap rokok di kawasan tempat letak kenderaan pusat beli belah berkenaan.

“Tiada sebarang pengenalan diri ditemukan pada lelaki ini. Kita masih kesan ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian.

Justeru itu, kata beliau, mana-mana individu kehilangan bapa atau saudara mara lelaki mereka boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi siasatan lanjut. 

“Mayat mangsa akan dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat,” jelasnya. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya