Warga emas dalang utama penipuan ‘investment HSBC bank’ diberkas

Warga emas dalang utama penipuan ‘investment HSBC bank’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita warga emas disyaki suspek utama kegiatan penipuan skim pelaburan ‘investment HSBC Bank’ pada Khamis lalu.

Penahanan itu dibuat selepas dua laporan berkaitan kes penipuan skim pelaburan itu dibuat.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, berdasarkan siasatan, skim pelaburan itu mula beroperasi sejak awal tahun ini dan menawarkan pulangan sebanyak 30 hingga 70 peratus dari modal pelaburan yang dikeluarkan.

Kata beliau, skim pelaburan itu turut menawarkan slot-slot saham yang menjanjikan keuntungan sehingga 100 peratus dalam tempoh 72 jam.

“Setelah mangsa membuat pindahan wang bagi tujuan pelaburan, keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar.

“Suspek berusia 60 tahun itu telah ditahan reman selama lima hari hingga esok  bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek juga mempunyai rekod lampau berkait dua kes penipuan pelaburan berkaitan penjualan minyak diesel.

“Orang ramai yang mungkin menjadi mangsa skim pelaburan ini, tampil segera membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya.

Dalam pada itu, Noorsiah mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan secara terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dari sumber rasmi seperti portal semak mule, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya