Wang judi: Muhyiddin tuntut PM, TPM mohon maaf

Wang judi: Muhyiddin tuntut PM, TPM mohon maaf

MUHYIDDIN Yassin hadir ke mahkamah bagi pada perbicaraan atas empat tuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua tuduhan terima wang hasil aktiviti haram RM195 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. -UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta maaf atas dakwaan parti itu menggunakan wang judi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Muhyiddin yang ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur turut berkata, beliau juga akan berbincang dengan peguam berhubung tindakan seterusnya yang akan diambil.

“Apa yang dah diungkapkan oleh PM dan TPM sebelum ini yang menyatakan kami sebelum ini pada pilihan raya lepas menggunakan wang judi. Kenyataan menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said) menyatakan tidak ada satu pun petanda bahawa perkara itu betul.

“Jadi bagi saya, pertuduhan itu fitnah dan suatu pembohongan. Kita akan bincang dengan peguam kita apa langkah seterusnya yang kita akan ambil terhadap kenyaatan-kenyataan yang telah dibuat oleh PM dan TPM.

“Insya-Allah kita akan teliti dan yang penting, yang pertama, kita akan minta, tuntut supaya mereka (Anwar dan Ahmad Zahid) mohon maaf. Ini satu fitnah dan pertuduhan yang berat,” katanya ketika ditemui media.

Semalam, Azalina ketika menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) di Parlimen menyatakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa PN menggunakan hasil daripada syarikat perjudian untuk membantu membiayai kempen bagi PRU15.

Azalina dilaporkan berkata siasatan terperinci berhubung dakwaan itu telah dijalankan namun SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu tersebut.

Pada 5 Disember 2022, Anwar ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya menyatakan berkemungkinan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” kata Anwar pada sidang media itu.

Pada keesokan harinya, Ahmad Zahid mengulangi dakwaan sama dalam ucapan yang dibuat di pada Program Himpunan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Terbuka Rompin, Pahang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dana PRU15 pihak di ‘belah sana’ datang dari syarikat perjudian yang terlibat cabutan khas judi.

Ahmad Zahid menyatakan beliau tidak menuduh tapi yakin ia salah satu sumbernya kerana kerajaan terdahulu di bawah pihak di ‘belah sana’ yang turut dipegang oleh parti Islam sudah meluluskan cabutan judi kepada 22 kali setahun.

“Saya syak duit itu untuk membiayai aktiviti terutama membeli pengaruh dalam pilihan raya umum lalu,” katanya pada majlis itu.- utusan

 

Habis…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.