Usanita Mall platform bantu usahawan IKS B40 - Utusan Malaysia

Usanita Mall platform bantu usahawan IKS B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menggalas inisiatif membantu golongan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Usanita Sdn Bhd (Usanita) menyediakan sebuah platform jual beli atas talian yang mensasarkan golongan peniaga wanita B40 di luar bandar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya,, Datin Seri Adzliana Hasan,pihaknya menaruh harapan besar agar usahawan perintis Usanita dapat mempromosi dan mengangkat kelebihan IKS di mata dalam dan luar negara menerusi platform yang dikenali sebagai Usanita Mall.

“Usanita Mall telah dilancarkan pada Februari lalu dan memberi peluang kepada perintis Usanita golongan B40 untuk menggunakan platform berkenaan dengan memperoleh pelbagai manfaat dan pendapatan lebih tinggi.

“Malah, usaha ini juga telah diperkuatkan dengan kebersamaan selebriti terkenal, Datuk Rosyam Nor yang sudi memberi peluang menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis Usanita yang memberi tambah nilai (added value) kepada usahawan secara eksklusif,”katanya.

Selain itu, kata Adzliana, pihaknya memberi jaminan bahawa setiap perintis Usanita menerima manfaat yang sebaiknya menerusi pengurusan Usanita Mall.

“Di Usanita Mall, kami menjaga kualiti dan ekslusiviti produk IKS yang berada di bawah platform ini. Kita tidak mahu platform itu kelihatan seperti lambakan produk di pasar malam sebaimana mungkin platform e-dagang seumpamanya yang lain.

“Kita tidak mahu ramai orang pandang rendah pada produk IKS dan disebabkan itu kita bantu
sendiri buat ‘branding’ mereka, kita buat pembungkusan baharu pada produk, menjadi penasihat.

“Menerusi platform ‘mall’ ini, kami di Usanita perlu menjaga visual produk mereka supaya nampak kemas dan lebih menarik, memberi tunjuk ajar bagaimana visual yang baik dapat membantu penjenamaan mereka ketika berada di platform dalam talian,”katanya.

Selain itu, jelas beliau, golongan usahawan darin kelompok B40 juga sebenarnya memerlukan
Pengiktirafan untuk dikenali ramai.

“Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan mereka (wujud sudah lama tapi tidak diketahui umum), sedangkan produk mereka setanding dengan produk di pasaraya.

“Maka, Usanita dengan kerjasama penjenamaan dan pendigitalan yang dikendalikan oleh selebriti Rosyam Nor, ia sangat membantu memberi perintis ini kelebihan perniagaan,”katanya.

Dalam pada itu, Adzliana juga berbangga kerana ramai kalangan usahawan IKS sudah membuka mata untuk menjenamakan produk-produk mereka bukan lagi dengan cara konservatif.

“IKS bukan sekadar jual kerepek, tapi ada perkhidmatan seperti cuci rumah, fotografi, cuci bangunan, semua ada di Usanita Mall tapi hanya yang benar-benar eksklusif,” katanya.

Pada perkembangan sama, Adzliana berkata, pihaknya akan mengadakan majlis apresiasi kepada perintis Usanita terpilih, berdasarkan laporan kewangan IKS yang berjaya mencecah jualan sehingga RM300,000.

“Kita akan ada 10 kategori, satu sebagai juara, membawa pulang wang tunai, dan kita akan beri geran daripada kementerian tertentu, kerana kita mahu mereka bukan sahaja mendapat pendedahan menerusi anugerah tetapi jaringan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Rosyam menambah, pembabitannya sebagai rakan selebriti strategik dan duta kempen untuk kempen e-dagang Usanita Mall itu adalah selari dengan hasrat Usanita untuk membantu usahawan IKS yang terjejas terutama ketika pandemik ke peringkat lebih tinggi.

“Biarlah muka saya dilekatkan pada 1,000 produk IKS sekali pun, saya tak kisah, mereka tolong saya, saya tolong mereka. Ia antara peminat dan selebriti. Tetapi ada syaratnya, bukan suka-suka,” katanya yang mengikat kontrak penjenamaan percuma secara setahun bersama 50 perintis Usanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN