Tunggakan elektrik AKSB tunggu laporan, pemberian saguhati perkara biasa - MB - Utusan Malaysia

Tunggakan elektrik AKSB tunggu laporan, pemberian saguhati perkara biasa – MB

AHMAD Yakob (dua dari kanan) ketika menyampaikan anugerah khas kepada pengusaha pada Majlis Sambutan Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan Negeri sedang menunggu laporan pihak Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) berhubung tunggakan bil elektrik berjumlah RM35 juta dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas dokumen berkaitan perkara itu tular di laman sosial Facebook sejak semalam.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, setakat ini, beliau tidak boleh memberikan sebarang ulasan dan perlu merujuk perkara tersebut dengan pihak AKSB terlebih dahulu.

“Berkenaan tunggakan bil elektrik itu saya perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat terperinci daripada Pengurus Besar AKSB, Dr. Nazmi Ghazali Azmi dan Pengerusi Lembaga Pengarah AKSB, Datuk Sr. Azami Mohd. Nor,” katanya selepas ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Dapur Hijau Peringkat Negeri di Pantai Tujuh, di sini hari ini.

Semalam seorang individu bernama Wan Mahussin Wan Zain memuat naik sekeping kertas yang tertera jumlah tunggakan dan bil semasa TNB bagi loji rawatan air milik AKSB.

Pendedahan Wan Mahussin itu dikongsi oleh 109 pengguna laman sosial Facebook.

Pada masa sama ia menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warganet apabila 496 pengguna Facebook telah meninggalkan komen di status berkenaan.

Mengulas isu agihan sagu hati kepada ahli lembaga pengarah AKSB Ahmad menegaskan, pendekatan itu biasa digunakan oleh mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, mana-mana GLC berhak memberikan saguhati kepada ahli lembaga pengarahnya sebagai tanda penghargaan ke atas sumbangan mereka.

“Mungkin ini merupakan inisiatif yang diambil oleh pihak AKSB bagi meraikan ahli lembaga pengarah, setiausaha dan juga kakitangan di bawahnya,” ujarnya.

Sebelum itu, tular satu notis memaklumkan, AKSB meluluskan pemberian sagu hati sebanyak RM10,000 kepada semua ahli lembaga pengarah AKSB manakala semua kakitangan syarikat menerima bayaran RM200.

Pada masa sama, Setiausaha syarikat kepada AKSB pula diberi RM2,000.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya