Tugas wartawan tidak boleh disangkal - Ahmad Zahid

Tugas wartawan tidak boleh disangkal – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi menyerahkan replika cek HAWANA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin (dua kanan) selepas sidang akhbar Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bil 1 Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peranan dan tugas wartawan tidak boleh disangkal, malah mereka juga terbabit di dalam proses pembangunan negara bangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau secara peribadi sentiasa menghargai penglibatan wartawan dalam membantu kerajaan secara keseluruhannya.

Beliau berkata, wartawan juga tanpa rasa jemu menguar-uarkan informasi dan maklumat mengenai dasar-dasar kementerian yang dipimpinnya kini iaitu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Malah, perjalanan karier saya di dalam politik dan parti yang saya sayangi juga turut dikongsi wartawan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid hari ini menerusi peruntukan KKDW turut berbesar hati menyumbang RM50,000 sempena sambutan Hari Wartawan Malaysia 2023 (HAWANA 2023) yang akan disambut akhir bulan ini.

Katanya, beliau berharap semoga penganjuran HAWANA 2023 di Ipoh, Perak itu akan berlangsung dengan jayanya.

Sambutan HAWANA 2023 dijadual berlangsung pada 27 hingga 29 Mei ini di Ipoh, Perak.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, sambutan HAWANA 2023 diharap dapat membabitkan penyertaan daripada agensi serta pengamal media tempatan dan rantau ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya