Tol percuma musim perayaan tidak selesai kesesakan

Tol percuma musim perayaan tidak selesai kesesakan

AHMAD Zahid Hamidi bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada sidang akhbar selepas Mesyuarat JKMKJR di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemberian tol percuma terutama pada musim perayaan dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya kesesakan tetap berlaku dan ia bukan kaedah penyelesaian kepada kesesakan.

“Ketika perayaan Aidilfitri baru-baru ini, kerajaan putuskan tol percuma diberikan kepada kenderaan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan, malah kita lihat ia berlaku.

“Oleh demikian tentu ada beberapa jalan kaedah penyelesaian kepada masalah itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR), di sini hari ini.

Katanya, kerajaan mengakui kesesakan lalu lintas bukan hanya berlaku di sekitar Lembah Klang sebaliknya turut berlaku setiap musim perayaan.

Pada 18 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tol percuma Rahmah kepada semua kelas kenderaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anwar dilaporkan berkata, tol percuma itu melibatkan 33 buah lebuh raya bagi semua kelas kenderaan bermula dari 19 hingga 21 April lalu termasuk 24 April. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya