Tindakan tegas terhadap pihak cuba sensasikan isu laungan azan - Utusan Malaysia

Tindakan tegas terhadap pihak cuba sensasikan isu laungan azan

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terus cuba mensensasikan isu laungan azan di Kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong di sini.

Ini kerana tegas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, isu terbabit sudah selesai dan tidak timbul lagi sebarang konflik antara pihak surau dan badan pengurusan bersama (JMB) kondominium terbabit berhubung kes tersebut.

Malah ujar beliau, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sendiri turun padang bagi menjernihkan dan menyelesaikan kekeliruan yang timbul berkait isu terbabit semalam.

“Tidak timbul apa-apa isu seperti yang dibangkitkan menerusi media sosial seperti TikTok berhubung isu ini, semuanya tidak benar dan apa yang ditularkan itu boleh menimbulkan kegusaran awam dan mencetuskan isu perkauman.

“Jadi, saya selaku Ketua Polis Pulau Pinang ingin menegaskan, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menularkan apa-apa jenis media sosial (TikTok) untuk memprovokasi, mencetus kemarahan dan menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam berhubung kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, polis juga telah menerima sebanyak 21 laporan berhubung kes itu dan siasatan kini dijalankan oleh Bukit Aman.

Terdahulu, satu video berkenaan sesi dialog antara pihak JMB sebuah kondominium di Tanjung Tokong dengan penduduk berhubung isu semasa termasuk berkenaan laungan azan di kediaman tersebut tular di media sosial.

Bagaimanapun, JMB Kondominium Tri Pinnacle telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk beragama Islam dan umat Islam berhubung isu terbabit.

Pengerusi JMB Kondominium Tri Pinnacle, Alex Low berkata, pihaknya tidak mempunyai niat untuk melarang laungan azan di surau berkenaan seperti dakwaan sesetengah pihak di media sosial dan isu berkenaan telah diselesaikan hasil perbincangan JMB dan AJK surau bersama Jabatan Agama Islam Daerah Timur Laut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya