Tiket konsert Coldplay dijual seawal 9 pagi esok - Utusan Malaysia

Tiket konsert Coldplay dijual seawal 9 pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiket konsert kumpulan rock terkenal, Coldplay yang dijadualkan berlangsung pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, akan mula dijual seawal pukul 9 pagi esok.

Dilaporkan, setiap pembeli hanya dibenarkan membeli maksimum empat tiket bagi setiap transaksi di laman web GoLive.

Harga tiket bagi setiap zon dijual bermula dari RM228 hingga RM1,288 tidak termasuk caj lain bagi setiap transaksi.

Selain Malaysia, kumpulan yang berasal dari Britain itu akan mengadakan konsert jelajah yang diberi nama Music of the Spheres World Tour di beberapa negara Asia terpilih antaranya Taiwan, Jepun, Australia dan Jakarta.

Coldplay dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya