KUALA LUMPUR: Golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak lagi dapat menikmati subsidi elektrik apabila kerajaan memutuskan menarik manfaat itu. Ini sekali gus menjawab persoalan dan keresahan rakyat di sebalik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu bahawa pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberi subsidi. Bagaimanapun, Anwar semalam berkata, ia hanya terpakai kepada golongan T20 yang menghuni rumah besar kerana yakin…










