TH, Masyariq meterai perjanjian - Utusan Malaysia

TH, Masyariq meterai perjanjian

ADNAN Hussain Mandourah (dua dari kanan) menyerahkan cenderahati berupa replika kaabah kepada Syed Saleh Syed Abdul Rahman (dua dari kiri) pada majlis taaruf di Mekah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Melaporkan dari Mekah

MEKAH: Kos operasi masyair di Arafah, Muzdalifah dan Mina kekal selama tiga tahun sehingga 2025 selepas Tabung Haji memeterai perjanjian de­ngan Syarikat Masyariq Holdings bagi meringankan beban jemaah haji Malaysia.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, perjanjian itu ditandata­ngani tahun ini bagi me­ngawal kenaikan kos me­libatkan pe­ngangkutan, pe­nginapan dan sajian makanan ketika kemuncak haji.

Namun katanya, ia tidak bermakna kos kese­luruhan haji akan kekal seperti tahun ini kerana melibatkan pelbagai elemen lain se­perti hotel, penerbangan, bayaran wajib kepada kerajaan Arab Saudi dan pengangkutan di luar tempoh operasi masyair.

“Ia melibatkan kese­lesaan khemah di Rafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian makanan, kelancaran perge­rakan bas, waktu melon­tar dan lain-lain.

“Ia membuktikan kerjasama erat antara TH dan Masyariq yang terjalin sejak sekian lama dan bagi melancarkan operasi serta ke­sejahteraan jemaah dari segi kos,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Syed Saleh hadir pada majlis taaruf rombongan haji Malaysia dengan syarikat itu yang diha­diri Pengerusi Kumpulan Masyariq Arab Saudi, Adnan Hussain Mandourah.

Sementara itu Adnan Hussain berkata, pihak­nya berbesar hati berkhid­mat kepada Malaysia dengan cabaran mengu­ruskan perjalanan haji setiap tahun.

“Kita melakukan projek besar dalam visi 2030 yang turut melibatkan proses pembesaran Masjidilharam. Insya-Allah jemaah akan ditambah sekiranya dibenarkan selepas projek ini selesai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN