Terkurung selepas alami masalah kesihatan - Utusan Malaysia

Terkurung selepas alami masalah kesihatan

Terkunci terkurung
PASUKAN bomba cuba mengumpil pintu sebuah bilik untuk menyelamatkan seorang lelaki yang tidak bermaya dan terkunci dekat hotel di Klang Sentral, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang remaja lelaki ditemukan dalam keadaan lemah di dalam bilik sebuah hotel di Klang Sentral, di sini, malam semalam.

Keadaan itu menyebabkan remaja berusia 19 tahun itu terkunci di dalam bilik tersebut kerana tidak bermaya sehingga memerlukan bantuan kecemasan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut daripada pihak polis pukul 12.16 tengah malam.

“Polis hubungi kami untuk memohon bantuan selepas pengurusan hotel menghubungi mereka untuk memaklumkan mangsa tidak membuat pendaftaran keluar daripada bilik yang didiaminya.

“Sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dikerahkan ke hotel tersebut dan tiba di sana pukul 12.24 tengah malam,” katanya.

Jelas beliau, pintu bilik mangsa terpaksa diumpil menggunakan peralatan khas sebelum menemui lelaki tersebut yang berada dalam keadaan lemah dan terbaring di atas katil.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan. Difahamkan, mangsa mengunci pintu semasa hendak tidur,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya