Tanam 500 pokok bakau sempena myKomuniti Perikanan P Pinang

Tanam 500 pokok bakau sempena myKomuniti Perikanan Pulau Pinang

KIRA-KIRA 500 anak pokok bakau ditanam sempena Program Pengukuhan myKomuniti Perikanan Pulau Pinang dan Penanaman Pokok Bakau bersama Nelayan Seberang Perai Selatan di Hutan Simpan Byram, Nibong Tebal, baru-baru ini. – UTUSAN/ISWAN SHAFIQ ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 500 anak pokok bakau telah ditanam di bawah Program Pengukuhan myKomuniti Perikanan Pulau Pinang dan Penanaman Pokok Bakau bersama Nelayan Seberang Perai Selatan di Hutan Simpan Byram, Nibong Tebal, baru-baru ini.

Selain warga Jabatan Perikanan negeri dan nelayan setempat, program yang secara keseluruhannya dihadiri 60 orang peserta itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perhutanan Pulau Pinang.

Menurut Jabatan Perikanan negeri dalam satu kenyataan, sempena program itu juga, satu demonstrasi penyelenggaraan enjin sangkut turut diadakan oleh wakil daripada Pusat Pengembangan Teknologi Perikanan Gelugor iaitu Mohmad Yusri Yusoff yang dihadiri oleh 20 orang nelayan.

Hadir merasmikan program berkenaan ialah Pengarah Perikanan negeri, Zarina Zainuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.