Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik - Utusan Malaysia

Syamsul, Puteri Sarah usik-mengusik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun kes rumah tangga pelakon, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana belum menemukan jalan noktah, pasangan selebriti ini dilihat semakin mesra apabila saling mengusik antara satu sama lain.

Kedua-dua pasangan itu enggan memberikan sebarang maklum balas kepada pihak media selepas prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Syamsul berkata, semua kenyataan mengenai prosiding hari ini hanya akan diberikan oleh pihak peguam sahaja.

“Saya tak nak komen apa-apa. Semuanya pihak peguam akan keluarkan kenyataan. Itu Puteri Sarah, kejar dia,” seloroh Syamsul.

Puteri Sarah pula tersenyum selepas diusik dan disakat suaminya ketika menunggu lif di mahkamah selepas prosiding selesai.

“Kejar dia, kejar dia (Syamsul)(dengan nada gembira),” katanya kepada pihak wartawan yang berusaha mendapatkan respons pasangan itu

Puteri Sarah turut memaklumkan dia tidak dapat memberikan sebarang komen kerana perlu bergegas ke lapangan terbang bagi menuju ke Jakarta.

Terdahulu, sebelum prosiding bermula kira-kira pukul 3 petang, Syamsul dan Puteri Sarah dilihat semakin akrab dan selesa berbual antara satu sama lain semasa menunggu ketibaan Hakim Syarie Akmaluddin Illyas.

Dalam pada itu, Peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof, Azmi Mohd. Rais berkata, isu lafaz cerai dua kali seperti didakwa Puteri Sarah perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum keputusan JKP dapat dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Disebabkan itu, katanya, keputusan JKP terpaksa digantung dahulu disebabkan beberapa perkara yang menghalang prosedur mahkamah diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya