STL: Penang Black Panthers mahu manfaat aksi di laman sendiri - Utusan Malaysia

STL: Penang Black Panthers mahu manfaat aksi di laman sendiri

AKSI pemain Penang Black Panthers (berjersi biru) ketika menentang Melaka Titans dalam saingan minggu pertama kejohanan STL Emas Anuar 2023 yang berlangsung di Perak, baru-baru ini. - Pix: FB Sepak Takraw League
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Beraksi selaku rumah untuk saingan minggu kedua kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Emas Anuar 2023 bermula Jumaat ini pastinya memberikan kelebihan buat Penang Black Panthers.

Apatah lagi pasukan Harimau Kumbang itu ketika ini kini sedang memimpin carta Divisyen Premier itu selepas mengharungi saingan minggu pertama di Kuala Kangsar, Perak yang melabuhkan tirainya kelmarin.

Hakikat itu diakui sendiri oleh pengurus pasukan, Mohd. Shaherman Shafie yang menyifatkan peluang selaku tuan rumah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Penang Black Panthers jika ingin terus melakar kejayaan musim ini.

Justeru katanya, persediaan rapi kini sedang giat dijalankan termasuk bagi memantapkan kekuatan mental dan pertahanan pemain-pemain.

“Kami menjangkakan kira-kira 8,000 peminat sepak takraw akan hadir ke Spice Arena (Bayan Lepas) untuk menyaksikan perlawanan selepas ini (saingan minggu kedua STL Emas Anuar 2023.

“Kehadiran penyokong yang ramai ini akan menjadi pembakar semangat kepada pemain bagi menghadapi pihak lawan yang mana rata-ratanya diperkuatkan dengan pemain yang pernah berkhidmat untuk skuad sepak takraw negara,” katanya ketika dihubungi di sini.

Untuk rekod, selain Penang Black Panthers, kejohanan STL Emas Anuar 2023 kali ini turut disertai oleh sembilan pasukan lain termasuk juara bertahan, ATM Guardians serta pendatang ‘baharu’, KPT-Masum Knights.

Tujuh lagi pasukan yang turut berentap ialah Perak Bison, Bomba Fighters, Johor Tigris, Sabah Mountaineers, Negeri Sembilan Antlers, Melaka Titans dan Kuala Lumpur Thunders.

Dalam pada itu, Mohd. Shaherman memberitahu, ketiadaan pemain import, Aekasit Naphom yang terpaksa pulang ke Thailand tidak akan merencatkan perancangan Penang Black Panthers kerana tempatnya boleh diisi dua lagi apit kanan berkaliber iaitu Azlan Alias dan Mohamad Haikal Jamil.

Bagaimanapun, katanya, pengurusan pasukan masih cuba untuk berunding dengan majikan Aekasit bagi membolehkan pemain itu diberikan pelepasan untuk bersama Penang Black Panthers selepas ini.

“Sasaran kami pada edisi kali ini masih sama iaitu sekurang-kurangnya untuk layak ke Champion Cup (Piala Juara-Juara),” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya