Speaker tegur ADUN Sabah jangan hina Perlembagaan Negeri

Speaker tegur ADUN Sabah jangan hina Perlembagaan Negeri

DEWAN Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Ahmad Abdul Rahman menegur wakil rakyat Sabah agar jangan buat kenyataan yang menghina dan mencaci Perlembagaan Negeri.

Teguran itu diberikan terhadap Jonnybone J. Kurum (PBS-Telupid) yang mengaitkan masalah rakyat dengan slogan ‘Sabah Maju Jaya’ yang merupakan cogan kata dalam logo negeri Sabah.

Ahmad berkata, perkataan ‘Sabah Maju Jaya’ tidak harus digunakan sebagai satu tohmahan dan penghinaan kepada kerajaan.

“Saya sebagai Speaker berpegang kepada Perlembagaan Negeri Sabah. Jadi, kalau YB (Yang Berhormat) ada masa sehari, ambil buku Perlembagaan Sabah dan lihat di bahagian yang menyatakan bahawa bendera dan logo itu ada dalam Perlembagaan.

“Semasa YB mengangkat sumpah, YB telah menyatakan taat setia kepada negeri Sabah dan Persekutuan. Malah, YB menyatakan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi, apabila kamu mengugut-ugut Sabah Maju Jaya, kamu kaitkan dengan kerajaan sedia ada, itu salah. Kalau guna perkataan ini di Pakistan, kamu sudah kena tembak tapi, di sini tidak sebegitu.

“Kalau saya duduk di sini dan saya dengar, ini satu fatwa yang saya bawa,” katanya semasa persidangan DUN hari ini.

Menurut beliau, cogan kata ‘Sabah Maju Jaya’ bukannya dibuat oleh kerajaan baharu tetapi, ia dibuat sejak kerajaan terdahulu semasa zaman Tun Mustapha Datu Harun.

Jonnybone kemudiannya menjelaskan bahawa perkataan yang disebutkan iaitu ‘Sabah Maju Jaya tapi kasi mati sama orang’ bukan keluar daripada mulutnya. Kenyataan itu diterima melalui mesej daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan masalah bekalan air, elektrik dan juga jalan raya di Sabah.

Katanya, bukan niatnya mahu memaki dan tidak menghormati Aku Janji sebagai wakil rakyat.

Semasa ucapan perbahasannya, beliau berkata, rakyat mahu kerajaan menyelesaikan masalah serangkai sebelum ia menjadi kronik sehingga membangkitkan kemarahan rakyat.

“Kita tidak mahu, jangan balik-balik di DUN, kita bercakap perkara sama berpuluh tahun. Sehingga kita menerima mesej ‘Sabah Maju Jaya’ tapi, kasi mati sama orang,” katanya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya