PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui Malaysia tidak terkecuali menjadi sasaran penjenayah siber dalam melakukan serangan seperti penggodaman dan mencuri data. Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sama ada secara individu atau bersindiket, pelaku jenayah siber ini akan sentiasa cuba memperoleh data-data ‘besar’ seseorang melalui serangan berkenaan. Kata beliau, keadaan ini kerana penggunaan teknologi boleh menjadi ‘double-edged’…