Seorang pemandu bot bawa penumpang lebih kapasiti ditahan - Utusan Malaysia

Seorang pemandu bot bawa penumpang lebih kapasiti ditahan

BOT yang membawa penumpang melebihi kapasiti ditahan untuk tindakan lanjut di Jeti Kuala Besut, Besut, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan seorang pemandu bot yang membawa penumpang lebih kapasiti ketika dalam perjalanan dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut, di sini, Sabtu lalu.

Pengarah Maritim Terengganu, Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, bot tersebut membawa kira-kira 20 penumpang berbanding hanya seramai 12 penumpang yang dibenarkan.

Menurut beliau, bot berkenaan dikesan kira-kira pukul 9.30 pagi pada kedudukan 1.7 batu nautika dari Muara Kuala Besut ketika bot peronda membuat rondaan di kawasan itu.

“Pemeriksaan mendapati pemandu bot terbabit memiliki lesen tetapi sudah tamat tempoh dan bot berkenaan bersama dua kru dibawa ke Pos Maritim Besut untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang melebihi syarat sah lesen,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ni.

Jelas beliau, Maritim Malaysia Terengganu memandang serius kesalahan itu kerana boleh menyebabkan berlaku insiden yang tidak diingini seperti karam atau perlanggaran dengan bot lain.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan pengusaha teksi air atau bot penumpang yang melakukan kesalahan itu dengan mengenakan tindakan tegas.

“Kami akan meningkatkan rondaan di kawasan perairan pulau di negeri ini bagi memastikan pengusaha teksi air, bot penumpang dan bot pelancong mematuhi syarat ditetapkan.

“Selain membawa muatan berlebihan, kegagalan menyediakan jaket keselamatan juga adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya