Seorang lemas, seorang lagi hilang di Sungai Masai

Seorang lemas, seorang lagi hilang di Sungai Masai

LOKASI seorang kanak-kanak ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang di Sungai Masai, Pasir Gudang lewat malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak ditemukan lemas manakala seorang lagi remaja masih belum dijumpai setelah dilaporkan hilang di Sungai Masai, berhampiran Flat Seri Intan, Bandar Seri Alam, di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Pegawai Bomba, Sarhan Akmal Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.31 malam, semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan seramai 13 anggota dari BBP Pasir Gudang dan enam anggota dari Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Skudai dengan sebuah fire rescue tender (FRT), sebuah pacuan empat roda.

“PPDA membuat operasi pencarian bermula pukul 4.28 pagi dan menemukan seorang mangsa dikenali sebagai Mohd Danish Ahmad berusia 11 tahun pada pukul 5.06 pagi, hari ini.

“Mangsa ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dilaporkan hilang dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, seorang lagi mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Zahir Ajmal Mohd. Idris dan berusia 13 tahun.

“Operasi masih dijalankan oleh pasukan penyelamat bagi mengesan Zahir Ajmal,” katanya lanjut.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Masai, Indraputra Ibrahim berkata, pencarian dilakukan selepas ibu Zahir Ajmal membuat laporan polis dan disangka hanya seorang mangsa dikhuatiri lemas. 

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak menjangka menemukan seorang lagi mangsa.

“Keluarga Zahir maklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu pergi bersama rakan-rakan bermain di sekitar kawasan sungai itu sebelum terjatuh. Difahamkan, rakan-rakan mangsa yang turut bersamanya ketika kejadian hanya memaklumkan perkara itu pada pukul 10 malam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya