Selangor terima RM56 juta imbuhan tahunan, elaun guru KAFA

Selangor terima RM56 juta imbuhan tahunan, elaun guru KAFA

SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima replika cek berjumlah RM 56,412,369.60 dari Menteri Agama, Senator Datuk Mohd. Na’im Mokhtar bagi peruntukan bayaran elaun Imam-Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, dan Guru KAFA Negeri Selangor tahun 2023 di Istana Alam Shah, Klang.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini menyerahkan peruntukan berjumlah RM56,412,369.60 kepada Selangor bagi imbuhan tahunan dan elaun kepada 11,558 guru Kelas Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, peruntukan itu dipersembahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Beliau berkata, peruntukan itu membabitkan bayaran imbuhan sebanyak RM850 (sebulan) kepada 752 imam, elaun sebanyak RM900 (sebulan) kepada 242 guru takmir dan elaun sebanyak RM1,261.35 (sebulan) kepada 2,800 guru KAFA.

“Imbuhan itu turut membabitkan caruman PERKESO sebanyak RM232.80 (setahun) kepada 2,482 imam, bilal, siak dan guru takmir,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, peruntukan ini juga termasuk bayaran khas one-off sebanyak RM600 kepada 752 imam, 1488 bilal dan siak, 242 guru takmir dan 2,800 guru KAFA.

Hakimah berkata, peruntukan kewangan Jakim kepada Selangor ini adalah sebahagian daripada jumlah RM1.5 bilion bajet pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam tahun 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini.

Menurutnya, semoga dengan peruntukan tersebut pengurusan hal ehwal Islam di negara ini akan dapat terus diperkasakan bagi membina generasi Al-Falah (berjaya) yang berkualiti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya