JOHOR BAHRU: Kerajaan perlu segera menyediakan pelan mitigasi jangka pendek dan panjang bagi menangani perubahan cuaca ekoran pemanasan global serta cuaca ekstrem. Pengarah Campus Sustainability Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ir. Dr. Mohd. Fadhil Md. Din berkata, antara langkah jangka pendek yang perlu dilaksanakan adalah komitmen segera agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menyediakan pelan infrastruktur mesra perubahan iklim. Katanya, kerajaan juga perlu melakukan pelarasan koordinasi melibatkan dasar dan rangka kerja yang dianjurkan oleh pertubuhan antarabangsa serta badan profesional seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya