Saksi siasatan penipuan jual beli sarung tangan RM13j dicari - Utusan Malaysia

Saksi siasatan penipuan jual beli sarung tangan RM13j dicari

POLIS Pulau Pinang sedang mengesan lelaki yang dikenali Mohd. Jamal Omar, 58, bagi membantu siasatan kes penipuan urusan jual beli sarung tangan membabitkan kerugian RM13 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki berusia 58 tahun bagi membantu siasatan kes penipuan pada 2020 melibatkan urusan jual beli sarung tangan membabitkan kerugian RM13 juta.

Menurut kenyataan Polis Kontinjen Pulau Pinang, lelaki berkenaan yang juga saksi kes tersebut dikenali Mohd. Jamal Omar, 58.

”Alamat terakhir lelaki ini adalah di Melaka Persana Resort Homes, Bukit Katil, Melaka.

”Kami sedang mengesan saksi ini bagi membantu siasatan kes penipuan jual beli sarung tangan membabitkan kerugian RM13 juta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali lelaki itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Deputi Superintendan Gan Eng Chun ditalian 04-2221779 atau 012-4937979 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya