Sabah bekal ikan ke Negeri Sembilan, Melaka - Utusan Malaysia

Sabah bekal ikan ke Negeri Sembilan, Melaka

Bekal ikan
MUHAMMAD Faiz Fadzil (duduk, empat kiri) bersama kepimpinan tertinggi Persatuan Nelayan Selangor dan lima persatuan nelayan kawasan (PNK) pada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Negeri Selangor Ke-38 di Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sabah akan membantu membekalkan ikan di Negeri Sembilan dan Melaka yang sedang mengalami kekurangan sumber protein itu apabila hanya mendaratkan makanan itu kurang daripada 5,000 tan metrik setiap bulan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, pendaratan ikan yang dapat dilakukan oleh nelayan-nelayan di Sabah sekitar 9,000 hingga 10,000 tan metrik setiap bulan.

“Meskipun dihantar ke Negeri Sembilan dan Melaka, namun bekalan ikan di Sabah diyakini masih lagi mencukupi untuk memenuhi permintaan dalam kalangan rakyatnya,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Negeri Selangor Ke-38, hari ini.

Beliau menambah, LKIM akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan pemain-pemain industri bagi merancang penghantaran bekalan makanan di kedua-dua negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz menjelaskan, krisis yang dihadapi di Negeri Sembilan dan Melaka itu bagaimanapun tidak menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan ikan di seluruh negara.

“Bekalan ikan masih mencukupi di seluruh negara dan saya ambil contoh, Selangor masih cukup dengan pendaratan sekitar 5,000 hingga 6,000 tan metrik sebulan.

“Cumanya, saya minta nelayan di seluruh negara untuk cuba tingkatkan tangkapan ikan, supaya bekalan ikan bertambah banyak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya