RM56.5 juta peruntukan imam, bilal, siak guru takmir, KAFA Selangor - Utusan Malaysia

RM56.5 juta peruntukan imam, bilal, siak guru takmir, KAFA Selangor

Imam bilal siak
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima mok cek peruntukan sebanyak RM56.41 juta daripada Mohd. Na’im Mokhtar (dua, kanan) pada Majlis Penyerahan Peruntukan Kerajaan Persekutuan Kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, dan Guru KAFA Negeri Selangor 2023 di Istana Alam Shah, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima peruntukan sebanyak RM56.4 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi bayaran elaun imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negeri ini.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memaklumkan baginda bertitah kaedah penyampaian peruntukan tersebut dibuat melalui peruntukan diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada setiap tahun.

“Apabila Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) diambil alih oleh raja yang memerintah, JAKIM menyelaraskan penyampaian peruntukan kepada mereka melalui sultan atau raja negeri yang berkenaan selaku ketua agama Islam untuk disalurkan kepada jabatan agama Islam negeri berkenaan.

“Pada masa lepas, kaedah penyampaian peruntukan bayaran disampaikan kepada Menteri Besar negeri berkenaan. Adalah diharapkan kaedah terbaharu itu dapat melancarkan penyerahan peruntukan elaun tanpa dipolitikkan dan dapat mengelakkan kekeliruan rakyat terhadap perkara tersebut,” katanya hari ini.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima mok cek peruntukan berkenaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika berangkat ke Majlis Penyerahan Peruntukan Kerajaan Persekutuan Kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, dan Guru KAFA Negeri Selangor 2023 di Istana Alam Shah.

Mohd. Na’im ketika berucap dalam majlis tersebut memaklumkan peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968,772 juta kepada JAKIM oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Untuk tahun 2023, sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi tujuan tersebut melibatkan 11 agensi agama di bawah JPM. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM968,772 juta diperuntukan kepada JAKIM merangkumi bajet pengurusan RM915,282 juta dan pembangunan RM53.5 juta,” ujarnya.

Bagi Selangor, perincian peruntukan tersebut melibatkan imbuhan 752 imam pada kadar RM850 sebulan dan bayaran one-off RM600 dengan dengan implikasi kewangan sebanyak RM8.12 juta. 

Sementara 242 guru takmir menerima elaun RM900 sebulan dan bayaran one-off sebanyak RM600 dengan peruntukan berjumlah RM2.76 juta. Bagi 1,488 bilal dan siak pula, masing-masing menerima bayaran khas one-off sebanyak RM600 dengan peruntukan sebanyak RM892,800.

Guru KAFA seramai 2,800 orang pula menerima elaun bulanan RM1,261.35 serta bayaran khas one-off RM600 melibatkan peruntukan berjumlah RM44.1 juta.

Dalam pada itu, JAKIM turut memperuntukkan sebanyak RM577,809.60 bagi caruman Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) kepada 2,482 imam, bilal, siak dan guru takmir pada kadar RM232 setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.