KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk melaksanakan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak tahun ini. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, jumlah peruntukkan yang diperlukan adalah berdasarkan kepada ketetapan dasar bagi menyediakan 60,000 tan sebulan, iaitu lebih kurang 60 juta paket sekilo sebulan. Katanya, jumlah peruntukan bagi menyediakan minyak masak bersubsidi adalah tertakluk kepada harga minyak sawit mentah (CPO), iaitu jika harga…










