Remaja lemas ketika menjala ikan

Remaja lemas ketika menjala ikan

SEORANG remaja lelaki dipercayai mati lemas ketika melakukan aktiviti menjala ikan di Sungai Skudai berhampiran Jalan Merbau, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Aktiviti menjala ikan sekumpulan remaja berakhir dengan tragedi setelah salah seorang daripadanya mati lemas di Sungai Skudai berhampiran Jalan Merbau 3, Bandar Putra Kulai, semalam.

Dalam kejadian itu, seorang remaja berusia 14 tahun meninggal dunia setelah dipercayai terjerlus ke kawasan sungai yang dalam.

Menurut Ketua Balai BBP Bandar Baru Kulai, Pegawai Penguasa Bomba Muhammad Fauzi Awang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada pukul 4.53 petang.

Katanya, seramai enam orang anggota dengan kekuatan sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai telah dihantar ke tempat kejadian.

“Komander Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Baharuddin Mohd. Omar telah melakukan operasi pencarian di sekitar kawasan mangsa dipercayai lemas.

“Teknik Surface Searching yang dilakukan oleh pasukan bomba berjaya menemukan mangsa di lokasi tersebut pada pukul 5.54 petang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Muhammad Fauzi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia itu oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, rakan sebaya mangsa cuba menyelamat remaja lelaki itu namun permukaan sungai yang dalam menyukarkan mereka berbuat demikian.

“Kami difahamkan mereka sedang mengharungi sungai ketika melakukan aktiviti menjala ikan sebelum mangsa terjerlus ke kawasan yang dalam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.