KUANTAN: Berkat kesedaran ibu bapanya mendaftarkan nama di Tabung Haji seawal usia satu tahun, seorang remaja berusia 16 tahun bakal menjadi jemaah haji tahun ini. Remaja terbabit, Nur Amira Faeezah Ahmad, 16, melahirkan rasa bertuah berpeluang mengerjakan haji tahun ini sekali gus menjadi antara individu termuda dalam kalangan 1,900 bakal jemaah haji negeri ini. Lebih mengujakan buat Nur Amira Faeezah apabila ibadah terbabit dapat dilakukan bersama semua ahli keluarganya iaitu ibu, Azlina Adam, 53; bapa, Ahmad Omar, 54, dan abangnya, Muhammad Amar Faeez, 21. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya