‘Rasa nak siat muka Adam Adli’ - Akmal Saleh

‘Rasa nak siat muka Adam Adli’ – Akmal Saleh

MUHAMAD Akmal Saleh ketika bercakap dalam sesi dialog Konvensyen Pemuda Perpaduan di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO mengimbas kembali zaman permusuhan dengan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Adam Adli Abd. Halim menurunkan bendera memaparlan wajah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 2011.

Menurut Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh, perkara itu menimbulkan kemarahan UMNO, namun, tidak menyangka ia akan padam apabila hari ini mereka duduk bersama dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Inilah kehebatan yang direncanakan Allah. Apabila kita bersama, hilang rasa marah,” katanya dalam sesi Dialog Konvensyen Pemuda Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini, semalam.

Pada 2011, Adam yang kini merupakan Ketua Pemuda PKR menurunkan bendera memaparkan gambar Najib di ibu pejabat UMNO, sekali gus menyifatkannya sebagai satu simbol kemenangan kepada siswa pada hari tersebut.

Mengulas lanjut, Mohamad Akmal turut menjelaskan, perkara yang lama tidak perlu dikenangkan kembali kerana orang muda kini bukan hanya perlu memahami sejarah, tetapi perlu mencipta sejarah baharu.

“Apa yang berlaku, yang sudah lepas itu sudah-sudahlah. Orang muda di luar sana sudah jemu dengan permainan politik yang berlaku.

“Kita perlu tunjukkan rakyat di luar sana, kerajaan perpaduan tidak bercakap lagi soal ekstremisme, kau orang sana aku orang sini. Tetapi kita perlu cakap soal cari persamaan demi negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×