Puteri Sarah bantah injunksi larangan keluar kenyataan

Puteri Sarah bantah injunksi larangan keluar kenyataan

Sarah injunksi
AKBERDIN Abdul Kader (kiri) dan Puteri Sarah Liyana ditemui pemberita selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam meluluskan permohonan pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin bagi membantah injunksi yang dibuat suaminya Syamsul Yusof hari ini.

Menurut Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader, permohonan itu diluluskan Hakim Abdul Halim Abdullah selepas pihaknya mengemukakannya ketika prosiding tersebut berdasarkan permintaan daripada Puteri Sarah.

“Injunksi ini dibuat untuk mencegah anak guam saya daripada bercakap dengan pihak media atau mana-mana platform lain.

“Difahamkan, pihak peguam Syamsul membuat permohonan injunksi itu pada 24 dan 25 April lalu yang berkuatkuasa pada 27 April sehingga 27 Mei ini,” katanya selepas menghadiri sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Jelas Akberdin, pihak Shamsul kemudian membuat permohonan secara lisan bagi melanjutkan perintah injunksi tersebut namun dibantah menyebabkan permohonan semula perlu dilakukan oleh pengarah dan penerbit filem itu.

Hakim kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 8 Jun ini.

Sementara itu, Puteri Sarah ketika ditemui memberitahu, kali terakhir dia ada membuat video mengulas isu membabitkan dirinya dengan Shamsul pada akhir Ramadan lalu, namun enggan isu rumah tangganya terus membelenggu dirinya berikutan mahu fokus kepada karier lakonannya.

“Saya nak ke lokasi penggambaran drama Hijrah Jannah sebab ada babak yang membabitkan saya. Penggambaran babak itu sebentar sahaja kerana selepas itu saya perlu menghadiri Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini untuk kes penceraian saya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya