PRN Selangor: Anak Noh antara nama bakal calon DUN  - Utusan Malaysia

PRN Selangor: Anak Noh antara nama bakal calon DUN 

Anak Noh
NURUL SYAZWANI NOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Anak perempuan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar antara enam nama yang dicadangkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Nurul Syaz­wani yang juga Ketua Srikandi Muda Parti Bersatu Tanjong Karang itu disenaraikan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Turut tersenarai, Yang Dipertua Pas Tanjong Karang, Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin bagi kerusi DUN Sungai Burong, namun kedua-dua nama itu belum dimuktamadkan dan bergantung kepada pimpinan pusat.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Badan Pimpinan Perikatan Nasional (PN) Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, kesemua senarai calon berkenaan sudah diserahkan kepada kepimpinan atasan PN Selangor.

“Namun, kita akan mengetengahkan dua nama utama iaitu Nurul Syazwani dan Mohd. Zamri yang sudah dikenali di parlimen ini.

“Mereka dilihat berpotensi besar untuk memenangi dua kerusi DUN itu kerana mempunyai pengaruh dan sokongan pengundi masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ailfitri di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tanjong Karang di sini, semalam.

Jelas Zulkafperi, pihaknya mempertaruhkan calon ‘boleh menang’ dan berwibawa untuk memenangi dua kerusi DUN yang kini disandang parti lawan itu.

“Kuota kerusi Permatang milik Bersatu dan pencalonan Nurul Syaz­wani semestinya mampu menarik pengundi muda. Ketokohan Mohd. Zamri pula sememangnya diakui dan popular dikalangan penduduk setempat sebagai Ustaz Zamri Mantop,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya yakin mampu memperoleh undi lebih tinggi terutama daripada pengundi Melayu sama ada daripada ahli Pas dan UMNO.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rozana Zainal Abdidin manakala DUN Sungai Burong dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Shamsudin Lias. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya