PRN: Cina sokong kerajaan, Melayu berbelah-bahagi

PRN: Cina sokong kerajaan, Melayu berbelah-bahagi

SOKONGAN kaum Cina kepada Kerajaan Perpaduan masih utuh tetapi kaum Melayu masih berbelah bahagi?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sokongan kaum Cina kepada Kerajaan Perpaduan masih utuh tetapi kaum Melayu masih berbelah bahagi.

Penganalisis politik Pusat Perdana Fakulti Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, sokongan kaum Cina disebabkan dalam Kerajaan Perpaduan ada parti DAP.

“Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan dan tiada masalah bagi kaum Cina kerana ada DAP kecuali segelintir yang mempunyai isu peribadi.

“Segelintir masih mempersoalkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapi itu adalah hal peribadi.

“Secara menyeluruh kaum Cina masih menyokong kuat Kerajaan Perpaduan kerana kepentingan perniagaan dan hak-hak mereka masih terjamin,” katanya.

Menurut beliau, melihat kepada momentum tersebut sudah pasti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sokongan kaum Cina akan memihak kepada Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, kata Mazlan, sokongan kaum Melayu terhadap kerajaan tiada tanda-tanda positif jadi PRN akan datang akan menentukan tahap sokongan Melayu kepada Kerajaan Perpaduan.

“Berkemungkinan tinggi sokongan kaum Melayu akan berbelah-bahagi dan menyebabkan separuh sokongan beralih kepada parti lain pada PRN nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, UMNO diramal sukar meraih sokongan pengundi Melayu dalam tempoh terdekat termasuk pada PRN yang dijangka memihak kepada Perikatan Nasional (PN).

Pemerhati politik berpendapat, masih tidak nampak usaha-usaha UMNO yang lebih berkesan dalam menarik sokongan Melayu yang masih dingin dengan parti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×