Pesta Kaamatan semarak keharmonian kaum

Pesta Kaamatan semarak keharmonian kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar Pesta Kaamatan selaku hari perayaan bermakna masyarakat Kadazandusun dapat terus menyemarakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuh perpaduan sesama rakyat.

Istana Negara memaklumkan, Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga ia akan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagian kepada semua yang menyambutnya.

“Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada semua yang menyambutnya.

“Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar perayaan hari yang bermakna kepada masyarakat Kadazandusun ini akan terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama kita,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah hari ini dan esok, sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya