PASIR SALAK: Harga getah murah dan ditambah pokok diserang penyakit meruntun semangat penoreh untuk terus mengusahakan tanaman komoditi itu. Itu yang menimpa penoreh di Kampung Orang Asli Pahlawan, Langkap dekat sini apabila kebanyakan pokok getah di situ diserang penyakit iaitu daun berwarna kuning, layu dan gugur. Akibat masalah yang berlarutan dua tahun lalu, ada antara penoreh yang tidak lagi ke kebun sebaliknya mencari pendapatan lain dengan bekerja di ladang kelapa…