Pengurusan pelarian perlu data daripada UNHCR

Pengurusan pelarian perlu data daripada UNHCR

SAIFUDDIN NASUTIOJ ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurusan pelarian di negara ini seharusnya diolah berdasarkan dapatan data yang tepat sebaliknya setakat ini tiada perkongsian berkaitan daripada Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR). 

Itu penegasan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditanya berhubung usaha kerajaan untuk memberi peluang pekerjaan bagi pelarian.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan data-data tertentu dari segi tempat tinggal, umur dan kesihatan bagi menguruskan hal berkaitan pelarian. 

“Buat masa ini, kita tiada data itu dan data terbesar ada dengan UNHCR.

“Bagaimanapun, keadaan sekarang berlaku tidak berlaku sebarang perkongsian data antara mereka dan kerajaan,” katanya. 

Menurutnya, pihaknya sedang dalam usaha mengumpul data malah perkara itu telah dipersetujui ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan pada 11 April lalu. 

“KDN perlu urus satu persatu, kita harus mulakan darpada data sedia ada. Kami kena tengok profil mereka dan sebagainya,” katanya. 

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa UNHCR menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pelarian dan pemohon suaka di negara ini. 

Kerajaan juga mempertimbang untuk mengadakan suatu perjanjian bersama UNHCR berhubung peranan dan tanggungjawab suruhanjaya tersebut dalam negara ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya