Pengembala kambing maut ditetak dalam semak - Utusan Malaysia

Pengembala kambing maut ditetak dalam semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pengembala kambing maut selepas ditetak dua lelaki dalam satu kejadian di Kampung Perepat, Kapar di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan semalam pada pukul 5.15 petang.

“Mangsa berusia 46 tahun ketika itu sedang menuntun kambing didatangi oleh dua lelaki dengan menaiki sebuah motosikal jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti terus menetak mangsa di dalam semak berhampiran.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, beliau mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan.

Dalam pada itu Vijaya Rao meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Hanis Idris di talian 019-909 9763 ataupun IPD Klang Utara di talian 03-3291 2222 ataupun mana-mana balai polis yang berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.