Pengajian Melayu perlu setanding SOAS London

Pengajian Melayu perlu setanding SOAS London

Pengajian Melayu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengajian Melayu mesti diangkat menjadi bidang dan disiplin ilmu yang strategik dengan perlu melakukan rombakan terhadap struktur institusi tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau membuat seruan itu agar berlaku lonjakan baharu dalam pengajian tesebut dengan tidak hanya kepada penilaian orang Melayu, tetapi terhadap pandangan orang bukan Melayu.

“Saya menyeru kita merombak struktur sedia ada. Membawa masuk pelbagai cendekiawan terbaik bangsa, menyemak kembali kurikulum dan melatih bakat terbaik untuk menjadikan disiplin pengajian ini, bidang yang penting kepada dan strategik kepada negara.

“Kita mesti menjadikan Pengajian Melayu setara dengan bidang pengajian Middle Eastern (Timur Tengah) atau Chinese Studies (Pengajian Cina),” katanya dalam Syarahan Za’ba yang bertajuk ‘Pemerkasaan Pengajian Melayu Untuk Pembinaan Negara dan Pengisian Tuntutan Globalisasi’ di Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, malah pengajian Melayu mesti dilengkapkan dengan rangkaian sumbangan yang jelas dan terlihat kepada bangsa dan negara memandangkan masyarakat kini berada pada zaman yang sarat dengan cabaran.

Jelasnya, masyarakat berada dalam zaman dengan pelbagai persimpangan yang menuntut semua pihak membuat keputusan yang bukan sahaja betul tetapi radikal, kritikal dan strategik. 

“Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa hari ini sudah tidak ramai pemikir Melayu, bijak pandai Melayu dan pemimpin Melayu mengutarakan idea-idea dan pemikiran besar kepada bangsa,” katanya.

Selain itu, beliau menambah dalam usaha mengangkat Pengajian Melayu, perkara itu perlulah dengan mendekati pihak meletakkan kepentingan pengajian Melayu sebagai rukun perjuangan sama parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan massa dan sesiapa sahaja.

Pada masa sama, Mohamed Khaled menyarankan UM untuk menyediakan satu kertas kerja untuk memperkasa APM sebagai pusat ilmu terpenting untuk pengajian Melayu global di samping berupaya menggantikan Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS) Universiti London.

Selain itu, beliau mencadangkan penubuhan Kerusi Za’ba ditubuhkan semula seperti ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada suatu ketika dahulu. 

“Sediakan kertas cadangan yang berkaitan dengan kadar segera. Biar saya ketuk pintu hati beberapa konglomerat Melayu untuk memberikan infak kekayaan mereka kepada pengayaan khazanah intelektual bangsa Melayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.