TUMPAT: Bekalan gula yang terputus sejak seminggu lalu menyebabkan penduduk yang tinggal di sempadan sanggup menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand bagi mendapatkan bahan mentah itu. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati walaupun harga gula dijual RM3.50 sekilogram, namun mereka tetap menjadikan ia sebagai pilihan bagi melengkapkan rasa manis dalam minuman. Seorang penduduk Ariffin Awang Chik, 61, berkata, dia sanggup pergi ke negara jiran semata-mata untuk membeli gula yang habis di rumah.…










