JERANTUT: Konflik gajah dan manusia di Ulu Tembeling di sini semakin membimbangkan berikutan haiwan liar itu kerap menceroboh ke kampung dan memusnahkan tanaman sejak 20 tahun lalu. Isu itu dikatakan bukan baharu ekoran aktiviti pembukaan hutan di Ulu Tembeling yang semakin giat dilakukan untuk pembalakan dan pertanian. Dianggarkan di seluruh negeri ini, terdapat kira-kira 600 gajah liar yang tinggal di habitatnya di Taman Negeri Endau Rompin, sekitar hutan Lanchang, Temerloh…










