Pendidikan tunjang perpaduan

Pendidikan tunjang perpaduan

LING Tian Soon (kiri) menikmati masakan kaum Melayu yang disediakan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Johor di Dataran Tasek Putih di Kluang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pelajar masa kini sama ada di peringkat rendah atau menengah perlu diberikan lebih pendidikan dan ke arah perpaduan bagi mengelak sebarang perselisihan faham antara kaum. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, walaupun kejadian ini yang melibatkan pelajar sebuah sekolah menengah di Kempas baru-baru ini adalah terpencil namun perlu dilihat dari sudut lebih meluas. 

Katanya, apa yang berlaku hanya kegagalan mereka mengawal emosi masing-masing dan sebagai satu proses bagaimana untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat majmuk. 

“Ini adalah sebagai satu cabaran kepada Jabatan Perpaduan bagaimana untuk mengadakan pendidikan, program bagi mendidik golongan sasar ini tentang pentingnya saling hormat serta memahami erti perpaduan antara satu sama lain. 

“Bagaimana pun, setiap apa yang berlaku tetap ada lunas undang-undang dan tindakan sewajarnya daripada pihak berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tetap dilaksanakan sekiranya ada kesalahan,” katanya. 

Tian Soon berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Johor di Dataran Tasek Putih di Kluang hari ini. 

Dalam pada itu, Tian Soon dalam ucapannya berkata, sambutan Minggu Perpaduan ini bertujuan untuk mengingatkan kita betapa perpaduan seharusnya menjadi cara hidup dan amalan semua. 

Tambahnya lagi, setiap apa yang kita laksanakan pada hari ini adalah suatu pelaburan yang sangat besar bagi generasi mendatang. 

“Usaha ini memperlihatkan bagaimana Institusi Diraja, pemimpin serta rakyat perlu senada menanam pohon-pohon perpaduan dan menjadi payung untuk anak bangsa untuk terus mewarisi sebuah negara yang aman, makmur dan damai sejahtera,” katanya. – utusan

 

Pic caption:

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon (melutut) dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Negeri Johor, Suraya Wen (kanan) beramah mesra dengan murid Tabika Perpaduan yang memenangi rekacipta replika sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Negeri Johor di Dataran Tasek Putih di Kluang hari ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya