Penagih dadah rompak wanita warga emas ditahan - Utusan Malaysia

Penagih dadah rompak wanita warga emas ditahan

ABDUL ROZAK MUHAMMAD 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang penagih dadah ditahan polis selepas disyaki merompak seorang wanita warga emas dalam kejadian di Kampung Bukit Kenak, Jerteh, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan pada pukul 10 pagi ini selepas melakukan rompakan terhadap mangsa berumur 68 tahun kira-kira pukul 7 pagi semalam.

Menurut beliau, mangsa yang tinggal seorang diri mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM2,150 dalam kejadian tersebut.

Katanya, warga emas itu juga mengalami kecederaan semasa rumahnya dirompak suspek yang dipercayai masuk melalui pintu hadapan yang tidak berkunci.

“Suspek bertindak menutup mulut mangsa lalu menolaknya sehingga terjatuh menyebabkan mangsa patah gigi dan terseliuh tangan kanan sebelum melarikan wang tunai RM2,150.

“Wanita warga emas itu kemudian membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat, sepasukan anggota telah menahan seorang lelaki selain merampas wang RM500 serta pil disyaki dadah.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif bahan terlarang methamphetamine dan turut memiliki rekod lampau membabitkan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, malam ini.

Abdul Rozak berkata, pihak polis akan memohon perintah reman terhadap lelaki itu bagi membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera ketika merompak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya