Pemandu lori papan maut bertembung dua kenderaan berat

Pemandu lori papan maut selepas bertembung dua kenderaan berat

BAHAGIAN depan lori yang membawa muatan papan remuk di hempap batang paip dalam kemalangan maut yang berlaku di Jalan Kuantan-Segamat, dekat Muadzam Shah, awal pagi tadi. Foto: - IHSAN JBPM PAHANG

MUADZAM SHAH: Seorang maut dalam pertembungan antara dua buah kenderaan berat di Jalan Kuantan-Segamat, dekat bandar Muadzam di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5 pagi, membabitkan kenderaan jenis lori yang membawa muatan papan dan juga paip.

Menurutnya, pasukan penyelamat terdiri daripada sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Muadzam Shah, bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan sekitar pukul 5.16 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal, mendapati seorang daripada dua mangsa dalam kemalangan itu yang merupakan pemandu kepada lori papan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa didapati mengalami kecederaan parah, dan disahkan pegawai perubatan yang turut serta di lokasi kejadian.

“Seorang lagi mangsa yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, dalam operasi yang dijalankan, bomba telah menggunakan peralatan menyelamat khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Hasil daripada operasi itu, mangsa yang berjaya dikeluarkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala yang mengalami kecederaan ringan di bawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10007 milliseconds with 0 bytes received