Nombor pendaftaran kenderaan FF8 dibida RM950,000, tertinggi - Utusan Malaysia

Nombor pendaftaran kenderaan FF8 dibida RM950,000, tertinggi

ANTHONY Loke menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan FF yang dibida paling tinggi. - UTUSAN/FB ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan ha­sil bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri FF secara dalam talian paling tinggi berjumlah RM34.3 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, FF8 adalah nombor pendaftaran paling tinggi dibida de­ngan nilai RM950,000, diikuti FF9 (RM911,999); FF3 (RM639,000); FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000).

Proses bidaan itu dijalankan pada 14 hingga 19 Mei lalu.

Katanya, seramai 34,­032 peserta dalam pro­ses bidaan sekali gus me­nyaksikan jumlah pe­nyertaan paling ramai dengan 8,348 pembida berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing.

Katanya, lima nombor pendaftaran paling diminati ialah FF199 yang dibida 34 orang manakala FF51 (32 pembida), diikuti FF155, FF555 dan FF168 yang masing-ma­sing dibida 29 individu.

“Siri FF amat diminati kerana trend yang dikenal pasti ialah orang ramai sangat meminati nombor pendaftaran yang abjadnya sama, malah, siri FF ini amat diminati pemilik kende­raan Ferrari.

“Proses bidaan yang sepatutnya ditutup pada 18 Mei lalu terpaksa dipanjangkan selama 24 jam kerana terlalu ramai yang menaikkan jumlah bidaan pada saat akhir.

“Ia menyebabkan sistem JPJeBid tergendala seketika,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Pihaknya tidak akan mendedahkan perincian individu yang membida nombor pendaftaran kenderaan siri FF, walaupun pihaknya memiliki perincian setiap pembida. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.